yeehaa.... setelah x berblog selama kurang lebey 4-5 bulan ni.. agak2 nyer blog aku ni dah nak lapuk agaknya.... hak..hak...hak

so wuts the stories... for the past few month back , I used to be same as wut I am b4 this... but who knows every single movement in our life can turn us to be different rite???
sekejap roda kat atas sekejap roda kat bawah , itulah norma putaran hidup yang terpaksa dilalui oleh setiap insan yang bergelar manusia.... arah untuk mencapai tahap kesempurnaan sangat byk rintangan dan halangan yang perlu kita hadapi....untuk mencapai konteks kesempurnaan..... bukan senang nak jadi senang.....tapi senang nak jadi susah.... memang senang kenangan bersama "kawan" untuk dikenang tapi sangat susah untuk mengenang kenangan bersama "SAHABAT" yang akan bersama diwaktu susah dan senang..... sebagaimana susahnya quote yang diberikan begitulah susahnya dan complicated hidup dalam berkawan.....

pengalaman hidup selama 23 tahun , mengenang kembali titik-titik pengalaman yang telah dikutip.....walaupun baru setahun jagung namun cukup rasanya untuk mengajar diri ini erti kedewasaan...... hidup yang sentiasa tidak disenangi oleh sekeliling dan pahit jatuh bangun dalam berdiri meneruskan layar kehidupan telah mencorakkan dan mencanting pelbagai genre lukisan dalam kanvas kehidupan.... buat sahabat dan taulan..... biarpun diri ini sering dijadi tempat mendapatkan panduan.. namun harus diakui terkadang diri ini kalah dalam sesuatu perjuangan.... namun ingatlah semua ini perlu diteruskan... buat yang kini telah bersendirian... lebarkan layar dalam meneruskan tinta-tinta kehidupan..... semoga ALLAH swt senantiasa menjunjung setiap bait perjuangan anda yang sedang meniti pahit manis kehidupan tidak semua yang pahit itu menjadi duri yang menusuk hempedu terkadang daripada nikmat kepahitan itu terbit sirna-sirna penyembuhan kurniaan zat dari tuhan....... dan buat yang sedang enak dibuai rasa indah kasih syg bersama... ingatlah... teruslah kehidupan dengan semangat memandang ke depan demi masa hadapan yang berkemilauan.... janganlah merasa diri ini serendah tapak yang dipijak berlandaskan tanah ciptaan tuhan.....tetapi ingatlah kelebihan dan keistimewaan yang tuhan kurniakan setinggi langit indah ciptaan tuhan disebalik semua kepahitan dan kekurangan.... buat sahabatku.. tiada satu antara kita yang dapat mentafsir kitab alam hadapan yang telah dicipta yang boleh menentukan corak kehidupan kelak... namun kita boleh mulai melakarnya dengan setiap langkah yang kita lakukan dengan berdikit-dikit dari waktu sekarang... kegagalan bukan la bererti titik noktah dalam permulaan satu perjuangan.... andai jika kira sampai satu masa titik-titik perpisahan mohon segala kenangan kekal lah disimpan kerana kenangan yang terlukis indah di kanvas kehidupanku ini akan kukenang sehingga saat nyawa bercerai dari badan..... ;-)

About this blog

Followers